..:: Teringat Aku Tentang Suatu Masa ::..

Posted on September 19, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Hari ni tetiba teringat pada kawan-kawan lama masa kecik, masa sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Diam tak diam dah hampir 11 tahun tinggalkan zaman sekolah dan hampir 5 tahun tinggalkan zaman universiti.

Ermm….rindu sangat pada kawan-kawan lama.Kepada bekas-bekas pelajar SK Felda Pengeli Timur, SMK Bandar Tenggara 1, SMT Perdagangan JB dan ex UUM…jika kenal aku, meh ler kita eratkan silahturrahim ini. Sudi-sudilah contact aku. Terkenang nostalgia dulu-dulu memang best. Alangkah bagusnya kalau kita dapat putar balik masa kan. Dapat jadi muda semula dan ulang zaman-zaman persekolahan dulu dan universiti.

Rasanya, ramai juga kawan-kawan dah mendirikan rumahtangga. Yer lah dalam usia sebaya aku 28 tahun, pastinya masing-masing dah berbahagia dengan kehidupan rumahtangga bersama anak-anak. Pada yg belum menamatkan zaman solo tu…tak apa, masih ada waktu untuk mencari…bercinta dan tamatkan zaman single. Masih belum lewat. Bak kata orang masih ‘available’ lagi dalam usia 28 tahun ni.

"Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak
sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan
teman yang diperolehinya.
Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah ! Lantaran
ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu
mahal dan timbangannya berat"

Kepada kawan-kawan yg amat dirindui dan diingati selalu…
…Wan Fatmarwati, Zaidharis Ahmad, Zailan Jasmian, Mohd Affendy Parnian, Mohd Arif Anuar, Mazlan Darjat, Mohd Nizam Aziz, Zuraidah Dollah,Kahirunnisa Yusof, Hazilah Abu Bakar, Suhaili Zaid,Lilywati Ali Mustaffa, Mazliana Said, Junainah Basar, Nurshuhada Tosrin, Rohayati Raben, Norazlina Md Zin, Nuraiya Mudleh, Zainuri Johari, Ikmal Izwan…
Moga suatu masa kita dapat berkirim berita dan bersua semula.

"Salam ingatan buat semua dari kejauhan…"

3_2
 

Menu Berbuka Puasa

Posted on September 18, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Salam Ramadhan… Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ini merupakan hari keenam umat Islam berpuasa bagi tahun 1428H. Tapi aku mula-mula lagi dah kantoi !! Orang lain dah enam hari, aku baru dapat 3 hari. Ermmm…itulah dugaan dan cabaran bila berbadan dua ni. Tapi tak apa sebab tergolong dalam orang yang diizinkan berbuka @ tidakberpuasa. Tapi….nanti kena bayar ler balik puasa-puasa yang ponteng tu. Masa tu lagi kuat dugaannya…yer lah, kita nak berpuasa di bulan orang lain tak berpuasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA :

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64km
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak

Tahun ni…macam biasa, berpuasa berdua bersama husband. Tapi yang lainnya ialah waktu berbuka, kami bertiga. Termasuk bapa saudara husband yg sejak bulan 3 yg lalu menetap di rumah aku. Walaupun dia tak menjalani ibadah puasa macam kita…tapi tak akan aku tak jemput dia sama-sama makan kan. So, bagi aku ler…ini lah waktu yang terbaik buat aku dan husband secara senyap berdakwah padanya tentang salah satu rukun Islam ni. Maklumlah bapa saudara aku tu, memang tak pernah ambil tahu pun tentang amalan berpuasa umat Islam ni sepanjang kehidupannya di Sarawak. Moga dengan ini, dia lebih mengerti apa itu amalan puasa buat umat Islam.

Tahniah juga buat husband sebab sepanjang 4 tahun perkahwinan ni, dia memang tak pernah ponteng puasa. Walaupun belajar berpuasa di usia yang dewasa…tapi dia berjaya merentasi semua halangan dan dugaan. Terima kasih juga buat husband, sebab hari-hari jadi tukang masak. Yer lah sejak alah bau-bauan ni…masuk dapur pun jarang. So, husband ler lebih banyak memasak dalam tempoh pregnant ni. Lagipun husband banyak masa kan. Balik sekolah pkl 1.30 tghri. So ada masa untuk rest, gi pasar dan masak. Berbanding aku yang balik kerja pukul 5 petang ni.

Pasar Ramadhan @ Bazar Ramadhan ? Haa…ni perkara wajib dalam bulan puasa. Kat mana-mana tempat pun ada. Ikutkan hati malas jer nak masak-masak. Beli lagi senang…instant ! Tapi, kalau dah hari-hari dok membeli jer…parah juga. Kering gak poket dibuatnya. Lagipun dalam bulan puasa ni lah waktunya kita mendidik nafsu. So, berbelanja lah ala kadar. Jangan membazir…membazir tu amalan syaitan ! Dalam tempoh enam hari berpuasa ni…baru 2 kali aku dan husband gi bazar Ramadhan. Itupun beli kuih-muih sahaja.

Ok lah, apa pun cara dan menu kita berbuka….sentiasalah bersederhana.Semoga Ramadhan ini menjadikan diri kita lebih dekat dengan -Nya dan semoga amalan kita sepanjang bulan mulia ini deberkati Allah. Amin….

"Selamat Berbuka Puasa"

Menu_1

“Selamat Datang Ramadhan”

Posted on September 11, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Main_2

"SELAMAT DATANG RAMADHAN"

Jika HARTA adalah RACUN.ZAKAT lah penawarnya. Jika UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya. Jika Seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN Pemutihnya.

Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dan segala yang baik datang padaku.

Pada rakan-rakan semua, ampun dan maaf dipinta…tulus ikhlas dari hati ini.
Jika ada tersalah laku, tersilap tutur kata, terluka dan terguris di hati walau sebesar hama…harap diampunkan segala silapku.

"SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA"

Aku, Patricia & Cristopher

Posted on April 25, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Akupatriciacristopher_1

Rindunya….lama sungguh dah tak berjumpa dengan 2 orang anak buah suami aku ni. Patricia Chanda dan Cristopher Maoh.

Lips_4
Auntie rindu kat korang berdua.
Auntie doakan…semoga Patricia dan Boboy, rajin-rajin belajar dan jangan nakal-nakal. Walaupun kita tak berjumpa…autie akan ingat kakak dan boboy selalu.


Patriciacristopher_1
Patriciachanda

Cristopherboboy_5Patriciatintun


Ingin Ku Bertemu …

Posted on April 20, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Gembira sungguh rasa hati pada hari ni bila mendapat maklumat tentang rakan lama yang dicari-cari selama ini. Namun bukan orgnya yang aku temui. Tapi aku berjaya menemui nama penuh rakan ku ini. Pelik bukan !!

Selama perkenalan aku dengan dia, aku tak pernah tahu nama penuhnya.  Aku cuma mengenali dirinya dengan panggilan ‘YA’. Perkenalan kami memang cukup singkat. Namun dalam waktu yang singkat itu, aku dan dia mudah mesra.

Mungkin disebabkan aku dan dia bukan dari negara yang sama menyebabkan kami terputus hubungan. YA berasal dari Thailand. Dan aku cara aku mengenalinya juga ku rasakan agak unik. Aku mengenalinya sewaktu aku menuntut di UUM. Waktu itu aku ditempatkan kolej Petronas, dan di situlah kami bertemu dan menjadi kawan. Bilik aku di tingkat 4 manakala bilik YA di tingkat bawah. Namun aku selalu melepak di bilik rakanku yg juga berada di tingkat bawah. Dan kedudukan bilik kawan aku ni betul-betul bersebelahan dengan ‘water cooler’ tempat student-student akan lalu lalang utk ambil air di situ.

Sebenarnya sudah lama aku perasan wajah YA di cafe. Dan aku tahu dia adalah junior. Apa yang buat aku perasan kewujudan dia di cafe adalah komunikasinya dengan beberapa peniaga di cafe tersebut. Dia berbahasa ’siam’. Tapi setakat cam muka sajalah…aku tak pernah bertegur pun…

Entah bagaimana…satu hari tu, aku ringan mulut pula nak bertegur dengan YA ini. Waktu itu dia sedang ambil air di ‘water cooler’ di sebelah bilik kawan aku. Dan aku pula masa tu, tengah melepak tepi tangga berhampiran water cooler.

Bermula dari hari itu, aku menjadi kawan dengannya. Aku mempelawa dia datang ke bilik untuk aku perkenalkan dia dengan kawan-kawan aku yang lain. Memang payah untuk aku berkomunikasi dengan YA. Macam ayam dengan itik. Dia tidak pandai sangat berbahasa Melayu dan Inggeris. Dan setiap kali bercakap…pasti dia akan membuka kamus yang sentiasa ada di tangannya.

Waktu itu aku sudah di semester 6 dan YA di dalam kelas intensif Bahasa Melayu dan Inggeris sebelum meneruskan pengajiannya di peringkat Ijazah.

Walaupun kami bukanlah rapat sangat..tapi YA memang baik. Dia selalu datang menjenguk aku di bilik. Dan setiap kali cuti semester akan menjelang…pasti dia bersungguh-sungguh mengajak aku ikut dirinya pulang ke kampung halamannya di Pattalung, Thailand. Macam mana lah aku nak ikut…aku bukannya ada passport pun. Tapi YA kata, tak apa…dia akan bawa seludup aku ke Thai… Urrppp…macam tak percaya jer !! Tapi disebabkan ketakutan aku, tak jadi aku mengikutnya…

YA…maafkan aku, sebab sewaktu aku habis pengajian dulu aku tak mencari kau. Tambahan pula waktu aku di sems akhir..kita tinggal di kolej yang berbeza. Bertambah sukar untuk kita berjumpa. Dan aku juga lupa meminta alamat kampung halaman kau di Thailand. Kalau tidak..tentu kita tak terpisah begini, terputus khabar berita.

YA…aku tahu aku bukan kawan yang baik, tapi percayalah..walaupun perkenalan kita singkat, banyak kenangan manis sempat kita ukir bersama. Terima kasih kerana banyak membelikan aku hadiah dan kosmetik-kosmetik dari Thailand. Terima kasih juga kerana pernah meluangkan masa mengajar aku menulis dan bercakap Siam.

Pernah kau tunjukkan kad matrik pelajar bila kali pertama aku tegur ‘what is your name’ masa mula-mula kita berkenalan. Tapi aku lupa nama penuhmu. Dan aku cuma ingat kau suruh aku memanggilmu YA sahaja. Maaf yer YA…aku ni kawan yang tak peka…

Tapi hari ini…aku cuba menjejakimu melalui portal UUM. Alhamdulillah ku temui maklumat tentang diri kau di situ. Dan aku tahu nama kau ialah NURRAIYA BINTI MUDLEH dengan No Matrik 35815. Walaupun tiada maklumat alamat lengkap rumah, namun info ringkas ini cukup mengembirakan hati ini. Dan aku…tak akan putus asa mencari mu….walau di mana jua.

Dan aku juga ingin ke kampung kau…yang pernah kau ceritakan keindahannya dulu. Menurutmu penggambaran lokasi ‘The Beach’ yang indah itu adalah di kampung kau. Memang indah tempat itu…aku dah saksikannya dalam filem lakonan Leonardo De Caprio itu.

YA….aku ingin sekali bertemu mu……