2008 - Moga Jadi Tahun Yg Penuh Keberkatan
Salam…lama dah tak update blog. Rasanyer last update bulan Nov 2007 yg lalu. Cerita ttg kawan hubby yg converted muslim. Alhamdulillah….saudara baru kita tu makin bertambah imannya hari ke hari. Moga dilindungi dari segala godaan kejahatan, dan moga bertambah dan meningkat imannya.
So far, sekarang dah 34 weeks pregnancy. Estimate due date pada 6 Mac 2008. Last scan masa 7 bulan, doktor cakap baby boy. Tak kisah ler…boy or girl, kehadirannya akan disambut dengan penuh kesyukuran dan dinanti-nantikan selama ini. Semoga dengan adanya org baru dalam family ini, menjadikan aku seorang yg lebih matang. Boleh menjadi ibu dan isteri yang berdedikasi, penuh rasa tanggungjawab. Persiapan baby semua dah ada. Almost lengkap. Harap-harap dan dipanjatkan doa agar proses bersalin nanti dipermudahkan perjalanannya. InsyaAllah. Surat GL sekolah pun hubby dah ambik. GL dan barang-barang nak bawak gi hospital pun dah standby. Mana tahu baby keluar awal pula…tak sabar nak tgk dunia…
Tapi ramai yg tak percaya aku dah masuk 8 bulan lebih skrg. Tgk perut aku x besar agaknya. Tak pakai baju mengandung pun. Baju blouse dan seluar-seluar masa tak pregnant semua boleh sarung lagi. Dari awal pregnant sampai dah 8 bln lebih ni, berat badan baru naik 3kg je. Tapi masa check kat klinik, doktor kata baby sihat. Tak ada apa-apa masalah. Jantung baby semua normal. Alhamdulillah…tak kisahlah perut kecik pun, yg penting baby sihat dan tak ada masalah.
Masa kandungan 8 bulan, sempat lag aku gi kursus Prosper Siswazah PUNB kat Shah Alam pada 15-17 Jan yang lalu. Memang seronok ler gi kursus tu. Semua yang datang adalah graduan-graduan yang bercita-cita nak jadi usahawan. Moga-moga tercapai hasrat menjadi usahawan berjaya suatu hari kelak buat kami peserta-peserta batch 9/2008 yang lalu. Ermm…duduk kat apartment hotel Delta Inn. Sehari makan 6 kali. Ermm…ni melantak jer yg banyak ni. Tapi harap banyak melantak tu…sama banyak dengan ilmu yg diperolehi ketika kursus. Seronok sangat, dapat jumpa dan kenal kawan-kawan baru kat sana. Mostly yg datang dari KL dan Selangor. Yang perempuan ramai average umur 28-30 tahun. Maybe semua dtg utk last intake kot. Nanti umur dah lbh 30 thn…tak layak lagi sertai kursus Prosper Siswazah ni. Buat rakan-rakan graduan, yang berminat nak ceburi bidang bisnes, disarankan ikutilah kursus Prosper Siswazah ni. Selalunya nak buat loan, kita perlu ada modal 10%…tapi dgn PUNB siswazah ni…kita cuma modal RM500 jer. Dan loan boleh sampai RM50,000 bg yang perniagaan milikan tunggal. Bagi yang perkongsian boleh apply hingga RM100,000.
Memang bermanfaat sgt kursus ni. Kita akan diajar dari a-z buat RP (Rancangan Perniagaan). Akan ditekankan bahagian pemasaran dan kewangan. Sepanjang kursus….banyak ler ilmu yg diperolehi. Officer-officer PUNB yang bertugas pun baik-baik dan sporting. Dan yang paling best, balik kursus ni…fuhh…semangat usahawan tu berkobar-kobar !!! Tak sabar nak buat RP dan submit ke PUNB.
Eh..lupa nak bgtau…yg nak join kursus ni, ada syarat. Setiap graduan mesti lulus sesi ujian penilaian. Ada yang tak lulus tau..jgn tak percaya. That means graduan yg datang kursus ni, semua yg berjaya melepasi tahap sesi penilaian keusahawanan. Dan ada ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan.
Nak buat bisnes apa ? Disebabkan nak jadi ibu ni….bisnes nak buat pun ada kaitan dengan baby. Nak jual diapers. Lampin pakai buang. Ermmm…macam lucu jer bunyinya kan. Tapi bisnes ni dah popular kat KL, Selangor dan Putrajaya. Kat Johor tak berapa popular lagi. Parents sekarang, ramai yg cari alternatif utk mendapatkan diapers yang murah dan menjimatkan tetapi mempunyai kualiti yg tinggi. Diapers-diapers yg nak dijual ni diimport dari Korea, Taiwan, Europe dan USA. Spesifikasi mmg sama macam diapers-diapers popular kat Malaysia spt Mamy Poko, Huggies dan Drypers. Tapi harga jauh lebih rendah dan menjimatkan. So, kepada ibubapa semua…kenapa kita nak bayar lebih jika kita ada pilihan dan alternatif utk menjimatkan perbelanjaan bulanan kita. Buat apa nak keluar duit banyak, jika diapers ni hanya dipakai dan dibuang selepas itu.
Tentang kualiti…memang dijamin. Dari pengalaman-pengalaman penjual diapers dan testimonial pengguna diapers ni, kualiti mmg bagus. Sama hebat seperti Mamy Poko dan Huggies (Huggies Ultra).
So, kepada rakan-rakan..yg ada baby tu, lepas ni…jika nak beli diapers….boleh ler contact saya.
