Happy Birthday 28…..to ME

Posted on November 13, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

"Selamat Hari Lahir ke 28" buat diri aku…..
Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu kan. Dah 28 tahun rupanya bernafas atas bumi ni. Terlalu cepat masa beredar….kini dah pun berumur 28. Dah cukup dewasa dan hampir melalui separuh fasa kehidupan manusia di atas dunia yg sementara ini.

Semoga kesempatan ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan lagi diri, memperbaiki kehidupan dan menyempurnakan kekurangan diri. Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa hidup ini mendapat keredhaan Allah. Dan moga diri ini juga tidak lupa pada Maha Pencipta-Nya yang telah memberikan nikmat kepanjangan umur untuk terus bernafas dan beramal kepadaNya.

Buat suami tercinta, Badis ak Jubin @ Badrul Hisyam bin Abdullah……
Terima kasih atas segalanya, sudi berkongsi suka dan duka kehidupan bersama hampir 4 tahun. Tiada hadiah yang lebih bernilai dari kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran yang diberikan buat diri ini. Dan terima kasih juga….kerana telah berjaya meninggalkan tabiat merokok yang agak sebati dengan diri hampir 20 tahun lalu. Semoga kehidupan abang akan lebih cergas dan dikurniakan lebih kesihatan tanpa amalan merokok. Tahniah…sayang  !!!

Birthdaycake_1

May your day be
filled with lots a fun times, wonderful surprise
& many happy returns of
the day !!

 

HAPPY
BIRTHDAY 28

2 comments.



  badis
Comment on November 12th, 2007.

Honey….happy birthday 28. Wish u all happiness for ur entire life. I love you forever !!!

Comment on November 13th, 2007.

hepi 28th besday, may u have a hepi life 4ever and ever and ever…………..

Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>