..:: Baby Stuff ::..

Posted on November 23, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Semalam gi Tesco. Ingatkan nak beli ler barang-barang baby sikit-sikit. Rasanya dah ok kot nak beli…sebab kandungan pun dah masuk 6 bulan. Ada kawan advise to be prepared. Yer lah…mana tahu baby nak keluar awal…7 bulan ni. Tapi doa-doa semoga baby cukup bulan. Memang ada promotion barangan baby kat Tesco, tapi tak banyak pilihan lah. So, my husband decided ajak gi Giant pulak tengok barang-barang baby. Berbanding Tesco, kat Giant lebih banyak pilihan lah. Mula-mula just tengok-tengok. Buat perbezaan harga antara barang-barang yang nak dibeli. Dalam kepala just nak beli sikit-sikit jer dulu, next month beli lagi. So, aku dan husband beli ler beberapa pasang baju ‘new born’ baby. Makk aihh…baju kecik paling murah pun RM7.99. Tu tak sepasang ngan seluar lagi. Tak der lah brand sgt pun. Mostly barang-barang yang dibeli semalam brand Fiffy, Anakku dan Pureen. Comel-comel kan baby stuff ni. Disebabkan both of us ni tak ada pengalaman nak beli barang baby…maklumlah anak first, ditambah pula tak tahu lagi baby boy ker girl….so kami pun beli yang asas jer dulu. Baju baby, booties, mitten, cap, tilam baby, baby bath mat, breast pump dan botol susu. Pastu cari hamper baby utk bagi pada baby Angah ‘ Aleeya Afiqah’ yang dia baru adopt 2 minggu yang lalu. Nampaknya…banyak lagi barang-barang baby yang belum beli. Antaranya baby court, warmer, baby toiletteries, stroller..etc. Beli sikit-sikit dulu. Semalam shopping pun habis RM260++ . Nampak jer barang baby ni kecik-kecik, tapi harga…fuhh !!
Semoga baby yang bakal dilahirkan selamat, sihat dan comel…..Amin.
Baby_stuff

Tahniah…LUQMAN HAZIM

Posted on November 15, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Azim
Minggu lepas dapat berita dari anak saudara (anak kakak sulung) Luqman Hazim - Azim, yang dia dapat nombor 1 di sekolah Tadika Ghufran. Pada 14 Nov yang lalu…sekali lagi Azim call bagitahu dia dapat nombor 1 juga di Pra-Sekolah Fradhu Ain di Sekolah Agama Felda Pengeli Timur. Tahniah Azim…Mak Uda dan Achik Badis ucapkan. Semoga masuk darjah satu tahun depan….akan terus cemerlang. Semoga jadi anak yang bijak, pintar dan patuh pada ibu bapa.
Nanti belajar lagi pandai-pandai yer. Boleh ler tiap-tiap tahun dapat hadiah dari Pak Ngah dan Mak Uda. Hadiah yang Mak Uda bagi tu…(beg Superman yg ada roda) pakailah elok-elok. Boleh bergaya masuk darjah satu nanti. Colour Luna yang Pak Ngah bagi tu…pakailah jimat-jimat yer. Jangan hari ni bawak gi sekolah 24 batang…balik tinggal 5-6 batang jer. Ibu Azim selalu ngadu colour Azim selalu hilang nyer kalau bawak gi sekolah. So, dapat colour baru ni….pandai-pandai lah jaga. Jangan bagi kawan ambik. Pinjam boleh…tapi pastikan kawan pulang semula.

Ok….sekali lagi ucapan TAHNIAH buat Azim. Semua bangga dengan kejayaan Azim. Didoakan agar Azim terus cemerlang dalam akademik. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan berguna di masa hadapan. Semoga berjaya…macam angkasawan kita tu…Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Nak jadi angkasawan, kena rajin-rajin belajar ok….
TAHNIAH !!!!
Luqmanhazim_2

Mari Belajar Cakap IBAN (Belajar Jaku Iban)

Posted on November 14, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Jaku_iban_1Sari tu kitai belajar jaku iban. …he..he…
Sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun setengah aku berkahwin dengan en.suami seorang Iban yang berasal dari Sarawak. Tapi nampaknya dalam tempoh 4 tahun setengah ni…aku dah faham bahasa dia, tapi masih tak boleh nak cakap dalam bahasa dia. Bukan apa, setiap kali aku cakap…dia kata bunyi pelik semacam jer. Tu yang buat aku bengang tu….segan + malu pun ada.
Dulu masa zaman universiti (waktu dok tgh bercinta sakan)…dia langsung tak ada nak ajar pun aku cakap bahasa dia. Sampai ada ler 2-3 orang girl dari Sarawak yang tawarkan diri nak ajar aku cakap bahasa iban ni. Tapi masa tu aku buat endah tak endah jer. Masa awal-awal kawin….especially bila husband jumpa kawan-kawan iban dan family dia…aku memang bengang gile…tak faham sepatah pun apa dia cakap. Kalau dia kutuk-kutuk aku pun..mampuss aku tak faham. Tapi sekarang…..sorry lah yer sayang, nak kutuk dan perli bini lagi…dah tak dapat. Sebab dah faham….

So, apa yang nak dikongsi bersama hari ni ialah beberapa perkataan asas yang digunakan dalam kehidupan harian kita.

saya - aku
awak - nuan
kitak - kamu
kamek - kami / aku
sida nya - dia orang
makan - makai
minum - ngirup
tidur - tinduk
ada - bisi
tiada - nadai
tidak – enda
ikut – enggau
pergi – ngagai
tak nak – enggai
petara – tuhan
besampi – berdoa
degil – manca
pun – pan
ila – nanti
enti – kalau
tang - namun / tapi
manduk - masak lauk
berapi - masak nasi
hangat - panas
celap - sejuk
siuh - tumpah
manah - baik
nyamai - sedap
mansau - masak / ranum
tu - ini
nya - itu
kini - ke mana
kin - ke sana
dini - di mana
agi - masih
din - di sana
ditu - di sini
kitu - ke sini

Au…naka tu aja. Ila belajar baru.


 


 

Happy Birthday 28…..to ME

Posted on November 13, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

"Selamat Hari Lahir ke 28" buat diri aku…..
Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu kan. Dah 28 tahun rupanya bernafas atas bumi ni. Terlalu cepat masa beredar….kini dah pun berumur 28. Dah cukup dewasa dan hampir melalui separuh fasa kehidupan manusia di atas dunia yg sementara ini.

Semoga kesempatan ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan lagi diri, memperbaiki kehidupan dan menyempurnakan kekurangan diri. Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa hidup ini mendapat keredhaan Allah. Dan moga diri ini juga tidak lupa pada Maha Pencipta-Nya yang telah memberikan nikmat kepanjangan umur untuk terus bernafas dan beramal kepadaNya.

Buat suami tercinta, Badis ak Jubin @ Badrul Hisyam bin Abdullah……
Terima kasih atas segalanya, sudi berkongsi suka dan duka kehidupan bersama hampir 4 tahun. Tiada hadiah yang lebih bernilai dari kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran yang diberikan buat diri ini. Dan terima kasih juga….kerana telah berjaya meninggalkan tabiat merokok yang agak sebati dengan diri hampir 20 tahun lalu. Semoga kehidupan abang akan lebih cergas dan dikurniakan lebih kesihatan tanpa amalan merokok. Tahniah…sayang  !!!

Birthdaycake_1

May your day be
filled with lots a fun times, wonderful surprise
& many happy returns of
the day !!

 

HAPPY
BIRTHDAY 28