PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA ?

Posted on October 28, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Petikan artikel Dr. Ikmal (joehan-demi-masa.com) :

PADA SIAPA PATUT
LETAK CINTA ?

Love_4
Untuk
menilai cinta kita itu benar-benar
kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai perbandingan.
Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib kedua-dua orang yang
mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan memudahkan lagi pemahaman.
Email tersebut pembaca boleh baca di akhirbicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

Jatuh
yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta.Sebab
jatuh cinta indah, tidak macam jatuh
tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta
banyak perkara cinta. Tidak ada
siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang
akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.. Cinta yang begaimana boleh bawa
seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang
tidak boleh disukat-sukat.  Hati yang
merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua
sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku
bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.Sifat-sifat
keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat
jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan
jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu.
termasuk dalam meletakkan cinta,
ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki
akan jatuh cinta pada perempuan yang
mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak
terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta
diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu
juga wanita, jatuh cinta sebab
lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi
oleh nafsu. Lantas cinta diberi
dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki
tersebut. Jelasnya, cinta yang dating
dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila
bertaut dua cinta yang dilahirkan
oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak
melahirkan rasa cinta. Dari

surat

menyurat, telefon,
ziarah, keluar makan-makan,berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu
merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang
dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak
malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka
tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan
kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta
yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela
bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan
telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah
dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.
Kalau pada suami pula, isteri
seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah
falsafah cinta nafsu yang melulu.
Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung
asmara.Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam
bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling
dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung
sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada
isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat
disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh,rambut
putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur,
maka cinta suami akan beralih pada
gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami
apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah
isteri terseksa.

Begitu
juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan
segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami
hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka
serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul dating rasa
benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.Akibatnya
berlakulah pergaduhan, masam muka,kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak
pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.Rumahtangga panas dan
menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi
pujukrayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta
tengah

membara.

Itulah
gara-gara cinta nafsu yang sudah
menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya
cinta yang dialirkan oleh Allah ke
dalam hati, itulah cinta yang benar,
suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut
pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat
keredhaan Allah. Cinta begini tiada
batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh
berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan
perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan
sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat denganNabinya dan yang paling
tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau
berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan,
mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja
yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal
atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai
ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan
korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam
hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana
Allah maka mereka akan mendapat

perlindungan ‘arasy
Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap
sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau
berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami,
berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan
sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami
kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya
penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah
hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung
melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu
juga suami, cinta pada isteri tidak
kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada
Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah
isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah
yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.
Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi
dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja,
dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku
semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber
cinta yang datang dari Allah akan
meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara
cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya
seorang isteri yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat,
walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan
mendorongnya untuklaksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun
terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada
Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura,
cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah
menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang
kecil,apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai
Allah, cinta yang lain-lain jadi
kecildan rendah padanya.

Sejarah
menceritakan kisah cinta Zulaikha
terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang
berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang
menteri. Bila NabiYusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga
terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah
Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan
cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan
dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan
kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu
Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan
penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila
Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya padaAllah sehingga masanya
dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid
sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat
kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya,
hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha
sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika
dulu.

Begitulah
betapa cinta yang dulunya datang
dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta
Allah ialah taraf cinta yang tinggi.
Kemuncak cinta ini ialah pertemuan
yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang
sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta
lahir bersebab. Kalau wanita cinta
pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah
lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan
rasa cinta pada Allah kerana segala
kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu
bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai
kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan
yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga
Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta
pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang
tadi kalau Allah mahu.

Allah
yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai
nikmat seperti sihat,gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat

pada-Nya ataupun masa
kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada
kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau
kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah,nescaya kamu tak terhitung.”

Besar
sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami,
isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan
dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu
kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal,
Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh
itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana
malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya
tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap
saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata,

“Wahai
Tuhan,aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu.tapi kerana Zat-Mu,
ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah
rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan
Allah. Dia menyatakan dua cinta
tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta
Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada
orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya
dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada
Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang
yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan
yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di
samping-Nya. Itulah perletakan cinta
yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut
kita letakkan.

 

CERITA 1

Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya
dia:

"Kata la one day ada
perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak
bermadu, you rasa apa i buat?"

Suami: you sure
melenting..

Saya: no.. u silap, i
rela dilepaskan daripada bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main
bomoh..lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i
sungguh2..

Saya: bukan macam tu..
cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so,
kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada
yang Satu. Cinta manusia tak ke
mana..contohnya, katalah you memang ada rasa cinta katperempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you? cinta
manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau
dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan
dia tahui isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you
masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i
masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan dating
pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena
tembak…!! tembak dua2 baru puashati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling
abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..

 

CERITA 2

Suami: Kalau abang mati
dulu..abang tak nak awak kawin lagi kalau dah ada anak..tapi kalau belum
ada..tak pa…

Saya: (tersenyum) ..
kenapa plak… abang nie terukla.. baru jer kawin dah dok kata dia mati…
(marah gak ler time tu..yer ler baru nak bermanja tup..tup..dia ingatkan kita
kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak
nak anak2 abang terbiar…kalau anak2 abang terbiar…pasti takkan ader yang mendoakan
abang di "sana"…

Saya: (terkedu gak
ler..).. abang janganlah ingat macam tu… kita sama2 minta panjangkan umur
kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam
abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat
kita….soal saya nak kawin lagi atau tak..tu biar Allah yang tentukan..kita
nie kan hambaNya… kalau ditakdirkan saya kawin lagi pun… takkan la saya nak
biarkan anak2 saya dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh..tak nak la saya..
kalau dah ada anak2.. bior ler saya ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak
kawin lain…

Suami: Eh.. mana boleh
tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2 ? kalau ada anak2… mungkin bleh
menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?

 

CERITA 3

Saya : Bang.. kalau ader
pompuan berkenan kat abang..agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan…

Saya: camner plak tu..

Suami: kalau abang bujang
lagi.. mungkin kot… tapi kalau la nie..tak tau ler…awak plak camner, kalau ada
betul..nak ker bermadu…?

Saya : saya tak kesah nak
bermadu..tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang..kena bagi tanggungjawab
sama rata.. saya rasa.. maser tu

nanti..mungkin dah
sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang
pernah saya rasa…. lagipun daripada saling


mengutuk walau dalam
hati .. dia dapat aku tak dapat..baik saya hidup sendiri.. sekurangnya2..saya tak
berdosa kat abang…

Suami: Aikkk… macam tu
plak.. yer ker nie?

Saya: Abang jangan lupa..
apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la saya nak berpegang
pada tu semua.. saya percaya.. apa yang terjadi …

dah tertulis.. kalau saya
kata saya tak bagi abang kawin lagi satu.. takut

nanti.. abang buat
dosa..saya pun dapat dosa sama sebab halang abang..

no comments yet.



Leave a comment

Names and email addresses are required (email addresses aren't displayed), url's are optional.

Comments may contain the following xhtml tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>