Ingin memiliki ‘online store’ sendiri ?

Posted on February 2, 2008 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Nak ada ONLINE STORE sendiri ? Contohnya seperti :
http://mypermatahati.com/shop/
http://www.fatinafis.portalniaga.com/ 
http://tandakasihbookstore.portalniaga.com/

Jomlah sertai Kelas Online Pembangunan  dan Pengurusan Laman Web Perniagaan.

Anda akan :

  • Berpeluang membina sendiri  dan memiliki ‘online store’ sendiri
  • Masa belajar yang  fleksibel – bergantung pada masa ‘free’ anda!
  • Dibimbing oleh para  Penasihat Akademik yang berpengalaman
  • Pembelajaran yang  berterusan – tiada tempoh tamat!

Aku dah mula belajar semalam. Seronok gak. Byk yg tak tau….jadi tau. Kiranya dapat ler info-info dan ilmu yg berguna. Bak kata org, dr buta IT…boleh gak ler bila join kelas ni. Memang best…especially bila dah kusyuk dok edit2 dan tambah2 grafik serta design kat website perniagaan kita tu. Ermm…otak mmg kena kreatif ler…nak cipta ayat power, upload gambar yg cantik dan lawa2. Yer lah nak bg org tertarik , terpikat utk singgah kat online store kita ni. Ramai org singgah….insyaallah…byk juga boleh buat income bila org beli produk kita ni.
So far…mmg tgh betul2 bersemangat nak siapkan website biz aku ni.
Doakan yg terbarik !!! Moga jadi yg cantik, menarik dan tertarik buat semua bakal-bakal pelanggan……Nanti boleh moderator @ portalis kelas bg anugerah 5 bintang !!! Hu..hu… pasti bangga nanti….. TUNGGU !!!

2008 - Moga Jadi Tahun Yg Penuh Keberkatan

Posted on January 31, 2008 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Salam…lama dah tak update blog. Rasanyer last update bulan Nov 2007 yg lalu. Cerita ttg kawan hubby yg converted muslim. Alhamdulillah….saudara baru kita tu makin bertambah imannya hari ke hari. Moga dilindungi dari segala godaan kejahatan, dan moga bertambah dan meningkat imannya.

So far, sekarang dah 34 weeks pregnancy. Estimate due date pada 6 Mac 2008. Last scan masa 7 bulan, doktor cakap baby boy. Tak kisah ler…boy or girl, kehadirannya akan disambut dengan penuh kesyukuran dan dinanti-nantikan selama ini. Semoga dengan adanya org baru dalam family ini, menjadikan aku seorang yg lebih matang. Boleh menjadi ibu dan isteri yang berdedikasi, penuh rasa tanggungjawab. Persiapan baby semua dah ada. Almost lengkap. Harap-harap dan dipanjatkan doa agar proses bersalin nanti dipermudahkan perjalanannya. InsyaAllah. Surat GL sekolah pun hubby dah ambik. GL dan barang-barang nak bawak gi hospital pun dah standby. Mana tahu baby keluar awal pula…tak sabar nak tgk dunia… :) Tapi ramai yg tak percaya aku dah masuk 8 bulan lebih skrg. Tgk perut aku x besar agaknya. Tak pakai baju mengandung pun. Baju blouse dan seluar-seluar masa tak pregnant semua boleh sarung lagi. Dari awal pregnant sampai dah 8 bln lebih ni, berat badan baru naik 3kg je. Tapi masa check kat klinik, doktor kata baby sihat. Tak ada apa-apa masalah. Jantung baby semua normal. Alhamdulillah…tak kisahlah perut kecik pun, yg penting baby sihat dan tak ada masalah.

Masa kandungan 8 bulan, sempat lag aku gi kursus Prosper Siswazah PUNB kat Shah Alam pada 15-17 Jan yang lalu. Memang seronok ler gi kursus tu. Semua yang datang adalah graduan-graduan yang bercita-cita nak jadi usahawan. Moga-moga tercapai hasrat menjadi usahawan berjaya suatu hari kelak buat kami peserta-peserta batch 9/2008 yang lalu. Ermm…duduk kat apartment hotel Delta Inn. Sehari makan 6 kali. Ermm…ni melantak jer yg banyak ni. Tapi harap banyak melantak tu…sama banyak dengan ilmu yg diperolehi ketika kursus. Seronok sangat, dapat jumpa dan kenal kawan-kawan baru kat sana. Mostly yg datang dari KL dan Selangor. Yang perempuan ramai average umur 28-30 tahun. Maybe semua dtg utk last intake kot. Nanti umur dah lbh 30 thn…tak layak lagi sertai kursus Prosper Siswazah ni. Buat rakan-rakan graduan, yang berminat nak ceburi bidang bisnes, disarankan ikutilah kursus Prosper Siswazah ni. Selalunya nak buat loan, kita perlu ada modal 10%…tapi dgn PUNB siswazah ni…kita cuma modal RM500 jer. Dan loan boleh sampai RM50,000 bg yang perniagaan milikan tunggal. Bagi yang perkongsian boleh apply hingga RM100,000.
Memang bermanfaat sgt kursus ni. Kita akan diajar dari a-z buat RP (Rancangan Perniagaan). Akan ditekankan bahagian pemasaran dan kewangan. Sepanjang kursus….banyak ler ilmu yg diperolehi. Officer-officer PUNB yang bertugas pun baik-baik dan sporting. Dan yang paling best, balik kursus ni…fuhh…semangat usahawan tu berkobar-kobar !!! Tak sabar nak buat RP dan submit ke PUNB.
Eh..lupa nak bgtau…yg nak join kursus ni, ada syarat. Setiap graduan mesti lulus sesi ujian penilaian. Ada yang tak lulus tau..jgn tak percaya.  That means graduan yg datang kursus ni, semua yg berjaya melepasi tahap sesi penilaian keusahawanan. Dan ada ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan.

Nak buat bisnes apa ? Disebabkan nak jadi ibu ni….bisnes nak buat pun ada kaitan dengan baby. Nak jual diapers. Lampin pakai buang. Ermmm…macam lucu jer bunyinya kan. Tapi bisnes ni dah popular kat KL, Selangor dan Putrajaya. Kat Johor tak berapa popular lagi. Parents sekarang, ramai yg cari alternatif utk mendapatkan diapers yang murah dan menjimatkan tetapi mempunyai kualiti yg tinggi. Diapers-diapers yg nak dijual ni diimport dari Korea, Taiwan, Europe dan USA. Spesifikasi mmg sama macam diapers-diapers popular kat Malaysia spt Mamy Poko, Huggies dan Drypers. Tapi harga jauh lebih rendah dan menjimatkan. So, kepada ibubapa semua…kenapa kita nak bayar lebih jika kita ada pilihan dan alternatif utk menjimatkan perbelanjaan bulanan kita. Buat apa nak keluar duit banyak, jika diapers ni hanya dipakai dan dibuang selepas itu.

Tentang kualiti…memang dijamin. Dari pengalaman-pengalaman penjual diapers dan testimonial pengguna diapers ni, kualiti mmg bagus. Sama hebat seperti Mamy Poko dan Huggies (Huggies Ultra).

So, kepada rakan-rakan..yg ada baby tu, lepas ni…jika nak beli diapers….boleh ler contact saya.

Syukur Atas Kurniaan-NYA

Posted on December 11, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Alhamdulillah…..semalam hasrat membawa suami dan kawan suami (Jack) ke Darul Ukhuwah cawangan Pasir Gudang- Pusat Saudara Baru di bawah Majlis Agama Islam Johor, tercapai. Sebenarnya sudah agak lama rakan suami - Jack ada menayatakan hasratnya utk mempelajari Islam. Apa yang mampu aku dan suami bantu, kami bantu. Adalah tanggungjawab kita sebagai Islam utk menyampaikan kebenaran agama ini. Tambahan pula pada mereka yang sedang tercari-cari kebenaran Islam. Ini juga salah satu dakwah yang mampu kami buat. Dan kami selalu berdoa agar Allah kurniakan hidayah buat Jack.

Mungkin suami lebih memahami isi hati Jack. Ini kerana suami juga seorang mualaf dan pernah melalui perit pedih mula-mula menukar agama dulu. Banyak kata perangsang dan dorongan yang diberikan suami kepada Jack. Dan aku serta suami juga sudi membantu apa-apa kesulitan yang dihadapinya.

So, malam tadi di Darul Ukhuwah…Jack yg niat asalnya mengikut kami hanya untuk mendengar dan melihat-lihat sahaja…akhirnya…tanpa diduga, tanpa terpaksa….dan dengan rela hati…dia menyatakan hasratnya sendiri kepada Ustaz Faizal untuk menganut Islam. Jack diajar mengucapkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali dan kemudiannya difahamkan terjemahan kalimah yang disebutnya tadi. Alhamdulillah……akhirnya seorang lagi saudara baru Islam telah bertambah. Hampir menitis air mata suami saat itu. Doaku…moga kenikmatan iman yang dikurniakan buat Jack akan berkekalan dan terus bersinar. Amin……

Ketahuilah, bahawa DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan di segenap langit dan bumi telah mengizinkan engkau berdoa kepadaNya.
DIA telah berjanji menerima doamu.
Dan DIA telah memerintahkanmu menunjukkan
permohonan kepadaNya
agar DIA memberimu apa yang kauminta; dan juga yang
mendambakan rahmatNya agar Ia melimpahkannya atas dirimu. Tidak seorangpun yang dapat menjadi penghalang antara kau dan DIA.

Tiada IA mencegahmu bertaubat
bila kau melakukan kejahatan,
dan tiada pula IA menyegerakan pelaksanaan hukuman bila kau  melanggar laranganNya.
IA tidak mengejekmu bila kau akhirnya kembali kepada-Nya,
dan tidak membeberkan rahsia-rahsia dosamu meski yang demikian itulah yang lebih patut bagimu.
IA takkan mempersulit penerimaan taubatmu,
tidak mengungkit-ungkit kesalahanmu,
dan tidak akan pernah membuatmu merasa putus asa akan rahmatNya.
Bahkan bila kau mengurungkan niatmu untuk melakukan dosa, IA akan
menghitungnya sebagai suatu perbuatan baik yang layak diberi pahala.
IA hanya menghitung pelanggaran yang kau lakukan sebagai satu kali dosa,
akan tetapi perbuatan baik yang kau lakukan akan dihitungNya sepuluh kali lipat pahalanya !

PintuNya selalu terbuka bagimu bila kau kembali kepadaNya.
Kesempatan diberikanNya kepadamu bila kau ingin memperbaiki dirimu di hadapanNya.
Bila kau memanggilNya, IA mendengar panggilanmu itu. Bila kau bermunajat denganNya,
IA pun mengetahui bisikan hatimu.
Dan kau selalu diberi-Nya
waktu untuk memaparkan kepada-Nya segala hajatmu, mencurahkan segala isi hatimu,
dan mengeluhkan segala kerisauanmu.
Ataupun kau memohon agar IA
menghilangkan segala kesusahanmu serta mengharap pertolongan-Nya atas semua urusanmu.
Atau meminta agar IA melimpahkan bagimu dari khazanah rahmat-Nya,
sebanyak apa saja yang tak mungkin siapapun selain DIA memberikannya,
baik berupa penambahan usia, kesehatan jasmani atau kelapangan rezeki.

DiserahkanNya kepadamu kunci-kunci khazanahNya dengan mengizinkan kau meminta dariNya.
Setiap kali kau ingin, kau dapat mengetuk pintu-pintu
nikmatNya dengan berdoa kepadaNya seraya mengharapkan curahan rahmatNya.
Maka janganlah sampai kau berputus asa bila IA tak segera menjawab permohonanmu.
Sebab pemberianNya selalu seimbang dengan niat yang menyertai setiap permintaan.
Adakalanya jawaban dariNya tertunda untuk sementara,
agar lebih besar ganjaranNya bagi si peminta dan lebih berharga bagi si pengharap.
Dan adakalanya kau memohon sesuatu tetapi tidak memperolehnya.
Namun kau mungkin akan mendapat yang lebih baik, segera atau ditangguhkan sampai waktu lainnya.
Atau hal itu memang sengaja dialihkan agar engkau memperoleh gantinya yang lebih utama.
Sungguh, kau tidak tahu, dalam sesuatu yang kau
minta mungkin saja tersembunyi penyebab kehancuran agamamu sekiranya kau memperolehnya.
Karena itu mohonlah dariNya agar semua permintaanmu ditetapkan kebaikannya untukmu dan dijauhkan keburukannya darimu.
Betapapun juga,
kekayaan yang diberikan kepadamu tak akan berada di tanganmu selamanya,
demikian pula kau tak akan hidup terus untuknya.
Ketahuilah, bahawa kau dicipta untuk kehidupan akhirat, bukan untuk dunia.
Untuk kefanaan, bukan untuk kebaqaan.
Untuk kematian, bukan untuk kehidupan yang langgeng. Dan bahawa kau kini berdiam dalam rumah sementara
dengan keadaan yang hanya mencukupi kebutuhan,
dan dibawa berjalan di atas jalan menuju akhirat.
Dan bahawa kau selalu dikejar oleh maut yang tiada
seorangpun terlepas dari kejarannya,
dan tidak pula mampu menghindarinya.
Ia pasti mencapai mangsanya.

Maka, waspadalah selalu !
Jangan sampai ia mencapaimu ketika kau dalam keadaan yang buruk.
Walaupun barangkali kau pernah membisikkan keinginan
bertaubat ke dalam hati sanubarimu,
namun maut yang datang cepat dapat
menjadi penghalang antara kau dan niatmu itu.
Jika yang demikian itu terjadi,
maka sesungguhnya kau telah menjadi penyebab kebinasaan bagi dirimu sendiri..

(Di petik dari Mutiara Nahjul Balaghah/Wacana dan Surat-surat Imam Ali r.a, penerbit Mizan)

..:: Baby Stuff ::..

Posted on November 23, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Semalam gi Tesco. Ingatkan nak beli ler barang-barang baby sikit-sikit. Rasanya dah ok kot nak beli…sebab kandungan pun dah masuk 6 bulan. Ada kawan advise to be prepared. Yer lah…mana tahu baby nak keluar awal…7 bulan ni. Tapi doa-doa semoga baby cukup bulan. Memang ada promotion barangan baby kat Tesco, tapi tak banyak pilihan lah. So, my husband decided ajak gi Giant pulak tengok barang-barang baby. Berbanding Tesco, kat Giant lebih banyak pilihan lah. Mula-mula just tengok-tengok. Buat perbezaan harga antara barang-barang yang nak dibeli. Dalam kepala just nak beli sikit-sikit jer dulu, next month beli lagi. So, aku dan husband beli ler beberapa pasang baju ‘new born’ baby. Makk aihh…baju kecik paling murah pun RM7.99. Tu tak sepasang ngan seluar lagi. Tak der lah brand sgt pun. Mostly barang-barang yang dibeli semalam brand Fiffy, Anakku dan Pureen. Comel-comel kan baby stuff ni. Disebabkan both of us ni tak ada pengalaman nak beli barang baby…maklumlah anak first, ditambah pula tak tahu lagi baby boy ker girl….so kami pun beli yang asas jer dulu. Baju baby, booties, mitten, cap, tilam baby, baby bath mat, breast pump dan botol susu. Pastu cari hamper baby utk bagi pada baby Angah ‘ Aleeya Afiqah’ yang dia baru adopt 2 minggu yang lalu. Nampaknya…banyak lagi barang-barang baby yang belum beli. Antaranya baby court, warmer, baby toiletteries, stroller..etc. Beli sikit-sikit dulu. Semalam shopping pun habis RM260++ . Nampak jer barang baby ni kecik-kecik, tapi harga…fuhh !!
Semoga baby yang bakal dilahirkan selamat, sihat dan comel…..Amin.
Baby_stuff

Tahniah…LUQMAN HAZIM

Posted on November 15, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Azim
Minggu lepas dapat berita dari anak saudara (anak kakak sulung) Luqman Hazim - Azim, yang dia dapat nombor 1 di sekolah Tadika Ghufran. Pada 14 Nov yang lalu…sekali lagi Azim call bagitahu dia dapat nombor 1 juga di Pra-Sekolah Fradhu Ain di Sekolah Agama Felda Pengeli Timur. Tahniah Azim…Mak Uda dan Achik Badis ucapkan. Semoga masuk darjah satu tahun depan….akan terus cemerlang. Semoga jadi anak yang bijak, pintar dan patuh pada ibu bapa.
Nanti belajar lagi pandai-pandai yer. Boleh ler tiap-tiap tahun dapat hadiah dari Pak Ngah dan Mak Uda. Hadiah yang Mak Uda bagi tu…(beg Superman yg ada roda) pakailah elok-elok. Boleh bergaya masuk darjah satu nanti. Colour Luna yang Pak Ngah bagi tu…pakailah jimat-jimat yer. Jangan hari ni bawak gi sekolah 24 batang…balik tinggal 5-6 batang jer. Ibu Azim selalu ngadu colour Azim selalu hilang nyer kalau bawak gi sekolah. So, dapat colour baru ni….pandai-pandai lah jaga. Jangan bagi kawan ambik. Pinjam boleh…tapi pastikan kawan pulang semula.

Ok….sekali lagi ucapan TAHNIAH buat Azim. Semua bangga dengan kejayaan Azim. Didoakan agar Azim terus cemerlang dalam akademik. Semoga menjadi insan yang cemerlang dan berguna di masa hadapan. Semoga berjaya…macam angkasawan kita tu…Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Nak jadi angkasawan, kena rajin-rajin belajar ok….
TAHNIAH !!!!
Luqmanhazim_2

Mari Belajar Cakap IBAN (Belajar Jaku Iban)

Posted on November 14, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Jaku_iban_1Sari tu kitai belajar jaku iban. …he..he…
Sedar tak sedar, dah masuk 4 tahun setengah aku berkahwin dengan en.suami seorang Iban yang berasal dari Sarawak. Tapi nampaknya dalam tempoh 4 tahun setengah ni…aku dah faham bahasa dia, tapi masih tak boleh nak cakap dalam bahasa dia. Bukan apa, setiap kali aku cakap…dia kata bunyi pelik semacam jer. Tu yang buat aku bengang tu….segan + malu pun ada.
Dulu masa zaman universiti (waktu dok tgh bercinta sakan)…dia langsung tak ada nak ajar pun aku cakap bahasa dia. Sampai ada ler 2-3 orang girl dari Sarawak yang tawarkan diri nak ajar aku cakap bahasa iban ni. Tapi masa tu aku buat endah tak endah jer. Masa awal-awal kawin….especially bila husband jumpa kawan-kawan iban dan family dia…aku memang bengang gile…tak faham sepatah pun apa dia cakap. Kalau dia kutuk-kutuk aku pun..mampuss aku tak faham. Tapi sekarang…..sorry lah yer sayang, nak kutuk dan perli bini lagi…dah tak dapat. Sebab dah faham….

So, apa yang nak dikongsi bersama hari ni ialah beberapa perkataan asas yang digunakan dalam kehidupan harian kita.

saya - aku
awak - nuan
kitak - kamu
kamek - kami / aku
sida nya - dia orang
makan - makai
minum - ngirup
tidur - tinduk
ada - bisi
tiada - nadai
tidak – enda
ikut – enggau
pergi – ngagai
tak nak – enggai
petara – tuhan
besampi – berdoa
degil – manca
pun – pan
ila – nanti
enti – kalau
tang - namun / tapi
manduk - masak lauk
berapi - masak nasi
hangat - panas
celap - sejuk
siuh - tumpah
manah - baik
nyamai - sedap
mansau - masak / ranum
tu - ini
nya - itu
kini - ke mana
kin - ke sana
dini - di mana
agi - masih
din - di sana
ditu - di sini
kitu - ke sini

Au…naka tu aja. Ila belajar baru.


 


 

Happy Birthday 28…..to ME

Posted on November 13, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

"Selamat Hari Lahir ke 28" buat diri aku…..
Sedar tak sedar, begitu cepat masa berlalu kan. Dah 28 tahun rupanya bernafas atas bumi ni. Terlalu cepat masa beredar….kini dah pun berumur 28. Dah cukup dewasa dan hampir melalui separuh fasa kehidupan manusia di atas dunia yg sementara ini.

Semoga kesempatan ini akan aku gunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan lagi diri, memperbaiki kehidupan dan menyempurnakan kekurangan diri. Moga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan dan sentiasa hidup ini mendapat keredhaan Allah. Dan moga diri ini juga tidak lupa pada Maha Pencipta-Nya yang telah memberikan nikmat kepanjangan umur untuk terus bernafas dan beramal kepadaNya.

Buat suami tercinta, Badis ak Jubin @ Badrul Hisyam bin Abdullah……
Terima kasih atas segalanya, sudi berkongsi suka dan duka kehidupan bersama hampir 4 tahun. Tiada hadiah yang lebih bernilai dari kasih sayang, kesetiaan dan kejujuran yang diberikan buat diri ini. Dan terima kasih juga….kerana telah berjaya meninggalkan tabiat merokok yang agak sebati dengan diri hampir 20 tahun lalu. Semoga kehidupan abang akan lebih cergas dan dikurniakan lebih kesihatan tanpa amalan merokok. Tahniah…sayang  !!!

Birthdaycake_1

May your day be
filled with lots a fun times, wonderful surprise
& many happy returns of
the day !!

 

HAPPY
BIRTHDAY 28

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA ?

Posted on October 28, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Petikan artikel Dr. Ikmal (joehan-demi-masa.com) :

PADA SIAPA PATUT
LETAK CINTA ?

Love_4
Untuk
menilai cinta kita itu benar-benar
kerana Allah swt, saya terpaksa mengambil dua email ini sebagai perbandingan.
Bukanlah niat saya hendak memalukan atau membuka aib kedua-dua orang yang
mengirim email tersebut, tetapi sebagai panduan memudahkan lagi pemahaman.
Email tersebut pembaca boleh baca di akhirbicara bab pada siapa patut letaknya cinta?

Jatuh
yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta.Sebab
jatuh cinta indah, tidak macam jatuh
tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta
banyak perkara cinta. Tidak ada
siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang
akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.. Cinta yang begaimana boleh bawa
seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang
tidak boleh disukat-sukat.  Hati yang
merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua
sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku
bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.Sifat-sifat
keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat
jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan
jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu.
termasuk dalam meletakkan cinta,
ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki
akan jatuh cinta pada perempuan yang
mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak
terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta
diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu
juga wanita, jatuh cinta sebab
lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi
oleh nafsu. Lantas cinta diberi
dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki
tersebut. Jelasnya, cinta yang dating
dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila
bertaut dua cinta yang dilahirkan
oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak
melahirkan rasa cinta. Dari

surat

menyurat, telefon,
ziarah, keluar makan-makan,berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu
merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang
dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak
malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka
tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan
kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta
yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela
bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan
telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah
dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang.
Kalau pada suami pula, isteri
seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah
falsafah cinta nafsu yang melulu.
Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung
asmara.Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam
bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling
dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung
sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada
isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat
disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh,rambut
putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur,
maka cinta suami akan beralih pada
gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami
apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah
isteri terseksa.

Begitu
juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan
segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami
hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka
serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul dating rasa
benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.Akibatnya
berlakulah pergaduhan, masam muka,kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak
pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.Rumahtangga panas dan
menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi
pujukrayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta
tengah

membara.

Itulah
gara-gara cinta nafsu yang sudah
menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya
cinta yang dialirkan oleh Allah ke
dalam hati, itulah cinta yang benar,
suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut
pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat
keredhaan Allah. Cinta begini tiada
batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh
berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan
perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan
sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat denganNabinya dan yang paling
tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau
berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan,
mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja
yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta
mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal
atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai
ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan
korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam
hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana
Allah maka mereka akan mendapat

perlindungan ‘arasy
Allah di padang mahsyar nanti, hari di mana masing-masing orang mengharap
sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau
berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami,
berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan
sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami
kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya
penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah
hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung
melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu
juga suami, cinta pada isteri tidak
kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada
Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah
isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah
yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.
Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi
dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja,
dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku
semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber
cinta yang datang dari Allah akan
meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara
cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya
seorang isteri yang cinta suaminya.
Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat,
walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan
mendorongnya untuklaksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun
terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada
Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura,
cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah
menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang
kecil,apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai
Allah, cinta yang lain-lain jadi
kecildan rendah padanya.

Sejarah
menceritakan kisah cinta Zulaikha
terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang
berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang
menteri. Bila NabiYusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga
terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah
Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan
cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan
dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh.
Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan
kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu
Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan
penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila
Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya padaAllah sehingga masanya
dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid
sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat
kepadanya. Terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya,
hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha
sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika
dulu.

Begitulah
betapa cinta yang dulunya datang
dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta
Allah ialah taraf cinta yang tinggi.
Kemuncak cinta ini ialah pertemuan
yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang
sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta
lahir bersebab. Kalau wanita cinta
pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah
lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan
rasa cinta pada Allah kerana segala
kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu
bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai
kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan
yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga
Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta
pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang
tadi kalau Allah mahu.

Allah
yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai
nikmat seperti sihat,gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat

pada-Nya ataupun masa
kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada
kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau
kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah,nescaya kamu tak terhitung.”

Besar
sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami,
isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan
dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu
kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal,
Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh
itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana
malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya
tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap
saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya.
Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata,

“Wahai
Tuhan,aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu.tapi kerana Zat-Mu,
ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah
rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan
Allah. Dia menyatakan dua cinta
tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta
Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada
orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya
dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada
Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang
yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan
yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di
samping-Nya. Itulah perletakan cinta
yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut
kita letakkan.

 

CERITA 1

Saya pernah menguji cinta suami terhadap saya. Saya tanya
dia:

"Kata la one day ada
perempuan lain tergila-gilakan you dan nak kawin dengan you tapi dia tak nak
bermadu, you rasa apa i buat?"

Suami: you sure
melenting..

Saya: no.. u silap, i
rela dilepaskan daripada bercekau tak berkesudahan. silap2 sampai main
bomoh..lagi i tak rela..

Suami: you tak sayang i
sungguh2..

Saya: bukan macam tu..
cuma kita kena ingat.. satu hari nanti i akan mati, you pun akan mati.. so,
kalau kita nak berkasih sayang macam nak rak pun kasih abadi kita tetap pada
yang Satu. Cinta manusia tak ke
mana..contohnya, katalah you memang ada rasa cinta katperempuan lain, bermakna lagikah cinta i pada you? cinta
manusia mudah berubah.. so, insyallah i akan tabah jika di uji sebegitu..

Saya: you pulak, kalau
dapat tahu ada lelaki lain yang nak sangat amik i sebagai isterinya sedangkan
dia tahui isteri orang.. apa tindakan you.. sanggup you lepaskan i?

Suami: Mana boleh.. you
masih isteri i..

Saya: Iya la.. memang i
masih isteri you, tapi.. jodoh pertemuan kan di tangan Tuhan.. dugaan akan dating
pada setiap manusia.. ermm.. you lepaskan i tak?

Suami: Nak kena
tembak…!! tembak dua2 baru puashati!

Hmm.. nampaknya suami saya tak nampak nilai cinta yang cuba saya terapkan.. Cinta kepada Allah adalah yang paling
abadi.. yang lainnya ada dugaan dunia..

 

CERITA 2

Suami: Kalau abang mati
dulu..abang tak nak awak kawin lagi kalau dah ada anak..tapi kalau belum
ada..tak pa…

Saya: (tersenyum) ..
kenapa plak… abang nie terukla.. baru jer kawin dah dok kata dia mati…
(marah gak ler time tu..yer ler baru nak bermanja tup..tup..dia ingatkan kita
kes macam tu..)

Suami: sebab abang tak
nak anak2 abang terbiar…kalau anak2 abang terbiar…pasti takkan ader yang mendoakan
abang di "sana"…

Saya: (terkedu gak
ler..).. abang janganlah ingat macam tu… kita sama2 minta panjangkan umur
kita sehingga anak2 kita besar dan jadi orang yang baik2 dan berguna macam
abang.. kita berdoalah agar kita sama2 susah dan senang sehingga akhir hayat
kita….soal saya nak kawin lagi atau tak..tu biar Allah yang tentukan..kita
nie kan hambaNya… kalau ditakdirkan saya kawin lagi pun… takkan la saya nak
biarkan anak2 saya dari zuriat abang.. tapiiii.. hishhhh..tak nak la saya..
kalau dah ada anak2.. bior ler saya ngan anak2.. tak nak la fikir2 pasal nak
kawin lain…

Suami: Eh.. mana boleh
tak nak kawin lagi.. takkan nak dok sorang2 ? kalau ada anak2… mungkin bleh
menumpang mereka.. kalau tak der.. tak kan tak teringin nak bersuami lagi.. ?

 

CERITA 3

Saya : Bang.. kalau ader
pompuan berkenan kat abang..agak2 abang layan dak?

Suami: Tengok keadaan…

Saya: camner plak tu..

Suami: kalau abang bujang
lagi.. mungkin kot… tapi kalau la nie..tak tau ler…awak plak camner, kalau ada
betul..nak ker bermadu…?

Saya : saya tak kesah nak
bermadu..tapi yang problemnya nanti abang.. kesian kat abang..kena bagi tanggungjawab
sama rata.. saya rasa.. maser tu

nanti..mungkin dah
sampai masanya.. biarlah orang lain pula rasakan kasih sayang abang macam yang
pernah saya rasa…. lagipun daripada saling


mengutuk walau dalam
hati .. dia dapat aku tak dapat..baik saya hidup sendiri.. sekurangnya2..saya tak
berdosa kat abang…

Suami: Aikkk… macam tu
plak.. yer ker nie?

Saya: Abang jangan lupa..
apa yang kita ada nie kan semuanya pinjaman.. so buat apa la saya nak berpegang
pada tu semua.. saya percaya.. apa yang terjadi …

dah tertulis.. kalau saya
kata saya tak bagi abang kawin lagi satu.. takut

nanti.. abang buat
dosa..saya pun dapat dosa sama sebab halang abang..

~ Jom Masak- Masak~

Posted on September 25, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

KERANG BERAPI
sumber dari : Mak Lang Resipi.Net

Kerangberapi_3

















Bahan

1 kilo kerang
5 ulas bawang merah> diblend
4 ulas bawang putih> diblend
1 labu bawang besar> diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut & diblend)
3 tangkai cili merah> diblend
8 biji cili api > diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh) > dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit > diracik halus
1 biji telur > dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung > untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng. 

Cara membuatnya

  1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
  2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi.
  4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
  5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau.
  6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi.
  7. Masukkan tepung jagung dan kacau.
  8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.

Happy Birthday

Posted on September 20, 2007 by zudawson.
Categories: Uncategorized.

Birthday

Happy_birthday_1

Afza






Buat sahabatku tersayang,

Kak AFZAZULIANA BT ABD JALIL
Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki.
Amin…..


  Each year your birthday reminds me
  That I really want to say
  I’m very glad I know you;
  On your birthday,
  I wish for you the fulfillment
  of all your fondest dreams.
  I hope that for every candle
  on your cake
  you get a wonderful surprise.
  I wish for you that
  whatever you want most in life,
  it comes to you,
  just the way you imagined it,
  or better.
  I hope you get as much pleasure
  from our friendship as I do.
  I wish we were sisters,
  so I could have known you
  from the beginning.
  I look forward to
  enjoying our friendship
  for many more of your birthdays.
  I’m so glad you were born,
  because you brighten my life
  and fill it with joy.